Translate

Sabtu, 27 September 2014

BAB 2

BAB 2
WEIZHE masih termenung di kerusi, jarinya digigit-gigit. Manakala, batang pen diselit di pangkal cupingnya. Dia masih terkenang-kenang akan gadis itu. Tiga minggu berlalu begitu saja, tanpa satu lagi pertemuan seperti yang diharap-harapkannya. Mungkin TUHAN belum menunaikan hajatnya itu.
Batang tubuhnya dibetulkan kedudukkan yang lebih selesa. Pen berpindah ke jari sebelah kanan pula. Kertas kosong ditoreh-toreh dengan pen tersebut. Batang fikirnya ternyata kosong, seperti lagu anak muda sekarang ni, kosong... kosong... kosong!
Sudahlah nama gadis itu pun dia tidak tahu, bagaimana pula dia ingin mencari tempat tinggal gadis itu. Aduhai! Sudahnya dia mengaru kepala saja.
“Hey, Wei!” laung Ah Tiong dari luar pintu pejabat. Weizhe juga tidak perasan yang pintu pejabatnya menganga sejak tadi. Dengan lemah longlai dia turut melambai  kepada Ah Tiong.
“Hey, lemah je ni. Jangan risau kawan, aku dah jumpa budak tu.” ujar Ah Tiong sambil melabuhkan punggung di kerusi.
Weizhe seperti mengantuk disorongkan bantal lagaknya. Mata yang sepet terbuka luas. Wajah mendung bertukar ceria. Dada pula berdebar-debar. Terasa mahu runtuh dinding dadanya ketika itu juga.
“Betul ke ni? Tak tipu,” soal Weizhe sambil berhadapan dengan Ah Tiong.
Bibir Ah Tiong mengukir senyuman. Dia suka melihat wajah ceria rakan baiknya itu. Hurm... dasar buaya darat!
“Hey, aku dah berubahlah. Aku nak jadi budak baik,” kata Weizhe sambil matanya mengerling tajam ke arah Ah Tiong. Suka-suka hati aje kata aku buaya darat!
“Yalah, sangat...” ejek Ah Tiong sambil tersenyum sinis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan