BAB 5
MAK Cik Jenab merenung jendela kaca yang
berdebu, mindanya hanya tertumpu terhadap Khayla Zahra sahaja, malah semenjak dari
semalam lagi, dia memikirkan ke mana Khayla Zahra menghilangkan diri. Termasuk
hari ini, sudah dua hari, Khayla Zahra tidak kembali ke rumah. Selama dua hari
juga, dia tidak membuka warung kerana selama ini hanya Khayla Zahra sahaja yang
pandai menguruskan bisnes ini. Dia Cuma pandai menjual makanan sahaja.
Kepalanya didongak pada langit cerah,
kelihatan awan gemawan bertempiaran apabila ditiup angin. Mungkin, hujan akan
turun, getusnya di dalam hati. Ala, hujan pun aku dapat apa? Panas pun aku dapat
apa? Hatinya berkata-kata, sungguh dangkal sekeping hati itu, jika ia berkata
begitu. Sedangkan ALLAH yang mencipta setiap kejadian di alam ini.
Yang penting baginya adalah Khayla Zahra
kembali dan dia akan berniaga seperti biasa. Bagi mak cik Jenab, jika tiada
usaha keras dengan mengunakan tulang empat kerat, tiada makna kehidupan ini.
Tetapi, dengan segala usaha dan wang mampu diperolehi. Tanpa, ALLAH jua dia
mampu untuk bertahan hidup. Betapa bongkaknya manusia yang bernama Jenab ini.
Namun, dia alpa yang ALLAH Maha berkuasa di seluruh alam sejagat.
Deruman enjin kereta memancing
perhatiannya. Lalu, dia berdiri dan bersembunyi di sebalik langsir yang telah
lusuh. Kerana tahun lepas tidak berganti, oleh badjet yang tidak mencukupi.
Matanya terbuntang setelah melihat yang Khayla Zahra keluar dari perut kereta
mewah itu. Entah kerana jenis apa, yang pintunya Cuma dihadapan dan mempunyai
dua pintu sahaja, berbanding dengan kereta yang memilikki empat pintu. Agaknya,
kereta jenis murah kot, getusnya sambil menahan nafas.
Khayla Zahra menunduk memberi tanda
hormat.
“Terima
kasih banyak, kerana sudi menolong saya,” sambil berucap.
Weizhe tersenyum lebar sambil
mengangguk-angguk
“Sama-sama, saya ikhlas menolong awak.”
“Panggil saya, Khayla.”
“Owh ya, maaf.”
“Tak apa, saya okey aje.”
“A’ah, ini duit, Khayla kena beli mangga
baru nampaknya.”
“Oh, tak apa, saya ada duit, saya boleh
beli sendiri.”
“Eh, jangan menolak, Khayla. Saya ikhlas,”
kata Weizhe tanpa berputus asa.
Khayla Zahra terdiam sejenak sambil
mengelus dagu yang sedia terbentuk.
“Err, baiklah. Sekali lagi, terima kasih.”
“Ala, sikit aje tu, Khayla.”
“Baik, terima cik Khayla, sebab... Wei ni
tak reti putus asa orangnya.” Sampuk Ah Tiong sambil menyorong basikal milik
Khayla Zahra dan ditopangkan basikal itu di sisi Khayla Zahra.
