BAB 6
KEDUA-DUANYA, makin sibuk. Malah, Weizhe
telahpun berpindah di syarikat baharu. Di syarikat lama telah diterajui oleh Ah
Tiong merangkap sepupunya. Namun, sibuk manapun dia, di kotak ingatnya terhadap
gadis manis itu tetap menyala-nyala.
“Wei, kau settle masalah ni!” jerit salah
seorang dari kuncu-kuncunya bernama Faisal yang menuding jari ke arah seorang
lelaki yang sedang berlutut di hadapan mereka.
Weizhe menarik nafas berat. Hal kecik pun
susah nak uruskan, gerutunya sambil melangkah ke arah mereka.
“Apa hal ni?” soal Weizhe dengan nada
tegas, matanya merenung setiap orang di situ. Faisal merentap rambut orang yang
sedang berlutut itu dengan kasar.
“Ouch...” rengek lelaki itu, air matanya
jatuh berjurai-jurai. Kedua belah tangan
masih berada di kepala.
“Liat nak bayar hutang,” jelas Faisal
sambil meludah kepada orang itu.
Weizhe mengangkat tangan, tanda tidak
bersetuju dengan cara Faisal.
“Jangan buat macam tu, dia manusia juga.”
Weizhe memberi nasihat kepada Faisal. Wajah Faisal masam mencuka dengan teguran
dari bosnya itu.
“Nak tegur orang, dia tu baik sangat ke?”
cemuh Faisal di dalam hati sahaja. Baran sungguh dia kerana ditegur di hadapan
orang lain.
“Hutang dia tinggal berapa lagi?” soal
Weizhe sambil berdegus. Dahi, kening, mata dan pipi telahpun lebam dihentam
oleh Faisal. Dia mengeleng kesal.
Faisal ke depan sambil membelek buku nota.
“Er... banyak lagi hutang dia.”
“Banyak tu berapa?” tengking Weizhe, baran
pula dengan tingkah selamba Faisal.
“Ll... lima ribu lagi,” jelas Faisal,
tergagap-gagap. Berani Faisal, ada takutnya.
“Lima ribu lagi? Kenapa dari dulu tak
kutip?” marah Weizhe, buku nota dicampak tepat ke muka Faisal.
“Mm... mana saya tahu. Sebab, Ah Tiong
yang pegang kes ni kan. Saya baru masuk dua bulan,” kata Faisal.
“Anton!” laung Weizhe sambil memetik jari
ke arah Anton.
Anton bergegas ke sisi Weizhe. Menggigil
batang tubuhnya.
“Ada apa bos?” sambil bertanya setelah dia
berada di sisi bosnya.
“Berapa lama dalam kumpulan ni?”
“Er... dah dua tahun bos,” jawap Anton
sambil mengira dengan jari.
Weizhe tersenyum sinis. Dada Anton
berdebar-debar.
“Kau dua tahun, dia baru dua bulan.”
“Apa maksud bos?” tanya Anton dengan
berani.
“Maksud aku tu, kenapa bukan kau yang
ambil alih tempat Ah Tiong?”
“Mana saya tahu, bos. Ini semua Ah Tiong
yang agih-agih kami,” jawap Anton.
Weizhe mengangguk-angguk tanda faham.
“Okey, kau settle masalah ni dulu. Balik
kita cerita,” arah Weizhe sambil menunjuk ke arah orang yang sedang berlutut di
hadapan mereka. Anton segera ke hadapan untuk menyegerakan tugasnya. Faisal
terasa tidak diberi perhatian segera berganjak ke tepi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan