Translate

Selasa, 30 September 2014

BAB 6



BAB 6
KEDUA-DUANYA, makin sibuk. Malah, Weizhe telahpun berpindah di syarikat baharu. Di syarikat lama telah diterajui oleh Ah Tiong merangkap sepupunya. Namun, sibuk manapun dia, di kotak ingatnya terhadap gadis manis itu tetap menyala-nyala.
“Wei, kau settle masalah ni!” jerit salah seorang dari kuncu-kuncunya bernama Faisal yang menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang berlutut di hadapan mereka.
Weizhe menarik nafas berat. Hal kecik pun susah nak uruskan, gerutunya sambil melangkah ke arah mereka.
“Apa hal ni?” soal Weizhe dengan nada tegas, matanya merenung setiap orang di situ. Faisal merentap rambut orang yang sedang berlutut itu dengan kasar.
“Ouch...” rengek lelaki itu, air matanya jatuh berjurai-jurai. Kedua belah tangan  masih berada di kepala.
“Liat nak bayar hutang,” jelas Faisal sambil meludah kepada orang itu.
Weizhe mengangkat tangan, tanda tidak bersetuju dengan cara Faisal.
“Jangan buat macam tu, dia manusia juga.” Weizhe memberi nasihat kepada Faisal. Wajah Faisal masam mencuka dengan teguran dari bosnya itu.
“Nak tegur orang, dia tu baik sangat ke?” cemuh Faisal di dalam hati sahaja. Baran sungguh dia kerana ditegur di hadapan orang lain.
“Hutang dia tinggal berapa lagi?” soal Weizhe sambil berdegus. Dahi, kening, mata dan pipi telahpun lebam dihentam oleh Faisal. Dia mengeleng kesal.
Faisal ke depan sambil membelek buku nota. “Er... banyak lagi hutang dia.”
“Banyak tu berapa?” tengking Weizhe, baran pula dengan tingkah selamba Faisal.
“Ll... lima ribu lagi,” jelas Faisal, tergagap-gagap. Berani Faisal, ada takutnya.
“Lima ribu lagi? Kenapa dari dulu tak kutip?” marah Weizhe, buku nota dicampak tepat ke muka Faisal.
“Mm... mana saya tahu. Sebab, Ah Tiong yang pegang kes ni kan. Saya baru masuk dua bulan,” kata Faisal.
“Anton!” laung Weizhe sambil memetik jari ke arah Anton.
Anton bergegas ke sisi Weizhe. Menggigil batang tubuhnya.
“Ada apa bos?” sambil bertanya setelah dia berada di sisi bosnya.
“Berapa lama dalam kumpulan ni?”
“Er... dah dua tahun bos,” jawap Anton sambil mengira dengan jari.
Weizhe tersenyum sinis. Dada Anton berdebar-debar.
“Kau dua tahun, dia baru dua bulan.”
“Apa maksud bos?” tanya Anton dengan berani.
“Maksud aku tu, kenapa bukan kau yang ambil alih tempat Ah Tiong?”
“Mana saya tahu, bos. Ini semua Ah Tiong yang agih-agih kami,” jawap Anton.
Weizhe mengangguk-angguk tanda faham.
“Okey, kau settle masalah ni dulu. Balik kita cerita,” arah Weizhe sambil menunjuk ke arah orang yang sedang berlutut di hadapan mereka. Anton segera ke hadapan untuk menyegerakan tugasnya. Faisal terasa tidak diberi perhatian segera berganjak ke tepi.

Ahad, 28 September 2014

BAB 5


BAB 5
MAK Cik Jenab merenung jendela kaca yang berdebu, mindanya hanya tertumpu terhadap Khayla Zahra sahaja, malah semenjak dari semalam lagi, dia memikirkan ke mana Khayla Zahra menghilangkan diri. Termasuk hari ini, sudah dua hari, Khayla Zahra tidak kembali ke rumah. Selama dua hari juga, dia tidak membuka warung kerana selama ini hanya Khayla Zahra sahaja yang pandai menguruskan bisnes ini. Dia Cuma pandai menjual makanan sahaja.
Kepalanya didongak pada langit cerah, kelihatan awan gemawan bertempiaran apabila ditiup angin. Mungkin, hujan akan turun, getusnya di dalam hati. Ala, hujan pun aku dapat apa? Panas pun aku dapat apa? Hatinya berkata-kata, sungguh dangkal sekeping hati itu, jika ia berkata begitu. Sedangkan ALLAH yang mencipta setiap kejadian di alam ini.
Yang penting baginya adalah Khayla Zahra kembali dan dia akan berniaga seperti biasa. Bagi mak cik Jenab, jika tiada usaha keras dengan mengunakan tulang empat kerat, tiada makna kehidupan ini. Tetapi, dengan segala usaha dan wang mampu diperolehi. Tanpa, ALLAH jua dia mampu untuk bertahan hidup. Betapa bongkaknya manusia yang bernama Jenab ini. Namun, dia alpa yang ALLAH Maha berkuasa di seluruh alam sejagat.
Deruman enjin kereta memancing perhatiannya. Lalu, dia berdiri dan bersembunyi di sebalik langsir yang telah lusuh. Kerana tahun lepas tidak berganti, oleh badjet yang tidak mencukupi. Matanya terbuntang setelah melihat yang Khayla Zahra keluar dari perut kereta mewah itu. Entah kerana jenis apa, yang pintunya Cuma dihadapan dan mempunyai dua pintu sahaja, berbanding dengan kereta yang memilikki empat pintu. Agaknya, kereta jenis murah kot, getusnya sambil menahan nafas.
Khayla Zahra menunduk memberi tanda hormat.
 “Terima kasih banyak, kerana sudi menolong saya,” sambil berucap.
Weizhe tersenyum lebar sambil mengangguk-angguk
“Sama-sama, saya ikhlas menolong awak.”
“Panggil saya, Khayla.”
“Owh ya, maaf.”
“Tak apa, saya okey aje.”
“A’ah, ini duit, Khayla kena beli mangga baru nampaknya.”
“Oh, tak apa, saya ada duit, saya boleh beli sendiri.”
“Eh, jangan menolak, Khayla. Saya ikhlas,” kata Weizhe tanpa berputus asa.
Khayla Zahra terdiam sejenak sambil mengelus dagu yang sedia terbentuk.
“Err, baiklah. Sekali lagi, terima kasih.”
“Ala, sikit aje tu, Khayla.”
“Baik, terima cik Khayla, sebab... Wei ni tak reti putus asa orangnya.” Sampuk Ah Tiong sambil menyorong basikal milik Khayla Zahra dan ditopangkan basikal itu di sisi Khayla Zahra.

Sabtu, 27 September 2014

BAB 4

BAB 4
WEIZHE berada di suatu tempat lapang, dia kelelahan. Peluh yang merincik dibiarkan sahaja. Wanita cina masih mengejarnya dari belakang, dia harus menyembunyikan diri daripada wanita itu. Sungguh, dia tidak rela jika beristerikan dia. Tidak, tidak! Jeritannya hanya bergema di dalam hati saja.
“Wei, di mana kau?” laung wanita cina itu. Suaranya memecah kesepian di sekitar dan sama waktu dengannya. Weizhe tetap membisu. Sungguh pun jantungnya berdebar-debar, dia akan bertahan diri.
“Wei, aku cari kau sampai dapat!” ugut suara tersebut.
Weizhe mati kutu, tubuhnya disandar pada dinding yang kepam dan berlumut. Bau tengit menusuk pada rongga baunya. Namun, dia harus menempuhnya dengan hati tabah.
“Wei!” suara itu bertambah dekat padanya. Malah dia terasa yang bahunya dipaut oleh seseorang. Weizhe segera membuka matanya. Dia bingkas bangun dan menoleh... senyuman yang kelat sebentar tadi mula bertukar ceria. Wajah Mak Mah tertera di layar matanya...
“Apa lagi tu. Termenung lagi?” soal mak Mah sambil menatang dulang berisi dua mangkuk sup ayam beserta dengan segelas air kosong juga secangkir kopi O pekat.
Weizhe Cuma menyeringai sambil menggosok pangkal tengkuk.
“Mimpilah Mak Mah, dahsyat sangat.”
“Erm... mimpikan wanita tu kejar Wei lagilah ye?”
“Ha ha ha... !” pecah tawa anak muda itu. Apabila bersama Mak Mah penipuan tidak akan terjadi, kerana gerak hatinya mampu dibaca oleh Mak Mah.
“Mak Mah tahu dah,” ujar Mak Mah. Memang sejak dari kecil Weizhe lagi dia rapat dengan anak tuannya ini. Malah, Ah Tiong juga diasuh sama. Mereka bagai sebuah keluarga besar. Keluarga cina ini hanya mengambil makanan vegeterian sahaja. Jadi, mak Mah tidak ragu-ragu dengan mereka. Malah, mereka boleh berkongsi makanan.

BAB 3

BAB 3
DI SEBUAH lorong, kelihatan seorang gadis sedang mengayuh basikalnya. Ketika itu dia ditugaskan untuk menghantar makanan kepada seorang pelangan tetap oleh mak cik Jenab. Gadis itu akur, walaupun dia begitu lewat untuk ke tempat kerja. Arahan mak cik harus dilangsaikan secepat mungkin, jika tidak kemarahan mak cik terhadapnya akan berjela-jela. Mahunya seminggu mak cik tidak bertegur sapa dengannya. Tak selera nak lihat wajah mak cik Jenab, bagai tikus mondok begitu. Hee! Selisih, selisih..
Basikal disorong dengan kasar dan dimangga di palang besi di anak tangga. Setelah itu, dia segera memanjat tangga dan menuju ke tingkat satu. Rumah kedai ini agak sunyi pada ketika ini. Kebanyakkan mereka keluar bekerja. Khayla Zahra seperti biasa mengetuk pintu bertalu-talu. Namun, tiada jawapan dari dalam rumah itu.
Khayla Zahra mengetuk sekali lagi, kali ini lebih kuat dari mula-mula tadi.
Kelihatan pintu terkuak dari dalam, Khayla Zahra segera menghulur bungkusan tersebut dan dia ingin segera berlalu dari situ, kerana hatinya mula cuak. Perasaanya kurang enak. Keadaan yang sunyi menyesakkan dadanya. Justeru kebimbangannya menular ke segenap urat nadinya.
Sesaat Cuma, tubuh Khayla Zahra terasa ringan sahaja, dengan sekelip mata dia berada di dalam rumah tersebut. Matanya melingas ke sana ke mari. Lantas, bola matanya terpaku pada susuk tubuh seseorang yang berdiri tegap betul-betul di hadapannya. Matanya terbuntang apabila mata lelaki itu merenung tajam padanya. Malahannya, diratah tubuh Khayla Zahra dengan mata galaknya itu. Cis, kurang ajar!
“Hey, kau sapa ha!” pekikan dari Khayla Zahra bergema di segenap rumah tersebut. Lelaki itu Cuma tersenyum kambing memandang dengan rakus terhadap Khayla Zahra.
“Aku nak kau!” jerit lelaki itu pula.
Khayla Zahra menjadi berang. Lantas, bungkusan makanan dicampak ke lantai.
“Berani, kau ya. Kau rupanya yang bertanyakan aku pada mak cik!” Khayla Zahra turut menjerit. Hangat betul dia dengan keadaan ini.
“Hah!” lelaki itu seakan-akan terkejut pula.

BAB 2

BAB 2
WEIZHE masih termenung di kerusi, jarinya digigit-gigit. Manakala, batang pen diselit di pangkal cupingnya. Dia masih terkenang-kenang akan gadis itu. Tiga minggu berlalu begitu saja, tanpa satu lagi pertemuan seperti yang diharap-harapkannya. Mungkin TUHAN belum menunaikan hajatnya itu.
Batang tubuhnya dibetulkan kedudukkan yang lebih selesa. Pen berpindah ke jari sebelah kanan pula. Kertas kosong ditoreh-toreh dengan pen tersebut. Batang fikirnya ternyata kosong, seperti lagu anak muda sekarang ni, kosong... kosong... kosong!
Sudahlah nama gadis itu pun dia tidak tahu, bagaimana pula dia ingin mencari tempat tinggal gadis itu. Aduhai! Sudahnya dia mengaru kepala saja.
“Hey, Wei!” laung Ah Tiong dari luar pintu pejabat. Weizhe juga tidak perasan yang pintu pejabatnya menganga sejak tadi. Dengan lemah longlai dia turut melambai  kepada Ah Tiong.
“Hey, lemah je ni. Jangan risau kawan, aku dah jumpa budak tu.” ujar Ah Tiong sambil melabuhkan punggung di kerusi.
Weizhe seperti mengantuk disorongkan bantal lagaknya. Mata yang sepet terbuka luas. Wajah mendung bertukar ceria. Dada pula berdebar-debar. Terasa mahu runtuh dinding dadanya ketika itu juga.
“Betul ke ni? Tak tipu,” soal Weizhe sambil berhadapan dengan Ah Tiong.
Bibir Ah Tiong mengukir senyuman. Dia suka melihat wajah ceria rakan baiknya itu. Hurm... dasar buaya darat!
“Hey, aku dah berubahlah. Aku nak jadi budak baik,” kata Weizhe sambil matanya mengerling tajam ke arah Ah Tiong. Suka-suka hati aje kata aku buaya darat!
“Yalah, sangat...” ejek Ah Tiong sambil tersenyum sinis.

Jumaat, 26 September 2014

Bab 1

BAB 1
PADA pagi yang hening, keadaan sekitar masih lagi berkabus. Khayla Zahra Alisha sibuk menyorong basikalnya. Dia telah terlewat untuk ke tempat kerja. Malah, sudah setengah jam lebih dia menolak basikal miliknya. Lalu, dia bersama basikal sedang menyusuri bahu jalan bertar perlahan-lahan.
Hisy! Semasa di rumah tadi, tayar basikal ni masih elok lagi, gerutunya sambil memuncung. Bibirnya panjang berdepa-depa. Mana tidak marah, wajah yang tidak berapa cantik, mula berubah. Omelnya lagi dan lagi, selagi belum sampai ke lokasi yang hendak dia tuju.
Setelah 45 berlalu, satu bengkel pun belum berjumpa. Khayla Zahra Alisha berhenti di bahu jalan. Pantas sahaja dia mengesat peluh yang merincik pada kening dan seluruh wajahnya. Matanya turut melingas di sekitar tempat itu.
“Aduh, kedai mesti bukak pukul 10.00 ni.” bisik Khayla Zahra seraya mendongak pula. Kelihatan di dada langit, matahari belum menyulur, dilindungi oleh kabus agak tebal pagi ini. Namun, bahangnya amat terik sekali. Kelopak mata kian mengecil apabila sebuah kereta berhenti di hadapan basikalnya. Khayla Zahra bersedia, jika peragut dia harus membuka langkah seribu. Jika bukan, dia harus berdiam sahaja. Namun, dadanya berombak-ombak dan hala jantungnya tidak lagi selari. Dup dap, dup dap!
Khayla Zahra menanti dengan dada berdebar-debar. Bola matanya mengawasi seorang lelaki keluar dari kereta sport mewah tersebut. Lelaki itu berjalan dengan gagah. Sehingga dia terpesona apabila melihat aksi lelaki macho. Matanya ditujah pada lengan yang berotot. Spontan, ulas bibirnya senyum mekar yang bermakna. Jiwa remajanya mulai beralun. Mengikut rentak irama. Dan ia bernyanyi riang. Pertama kali dia melihat lelaki segagah muncul di depan mata.
Wow, berketul-ketul! Hati kecilnya berbisik nakal.

Khamis, 25 September 2014

Anaasa Publication: CINTA MANIAK

Anaasa Publication: CINTA MANIAK: TEASER BAB 1 PADA pagi yang hening, keadaan sekitar masih lagi berkabus. Khayla Zahra Alisha sibuk menyorong basikalnya. Dia telah te...

Rabu, 24 September 2014

Cinta Maniak

Novel bakal terbit tidak berapa lama lagi. Tak sabar menunggu sebenarnya, namun kena luaskan kuasa sabar saya. Supaya buah manis hasil air tangan saya bebaloi setelah lima empat tahun saya menunggu. Terlalu lama bukan. Dan, tengok kaver novel sementara pun hati saya cukup seronok.

Sekian saja, terima kasih kepada yang menyokong serta tidak putus-putus memberi kata-kata perangsang serta dorongan buat saya. Muah 100x kat pipi kau orang semua!

Bakal terbit tau. Bagi tahu dengan bangga. Hee.

Sinopsis:
Khayla Zahra Alisha seorang gadis sempoi, dia tinggal bersama seorang mak cik yang bernama Jenab. Dia sering didera oleh mak ciknya. Namun begitu, dia tabah. Kekentalan dirinya buatkan dia telah dikurniakan Allah SWT akan seseorang yang telah dihantar dalam hidupnya. Dan semenjak itulah, hidupnya kembali ceria. Dia tidak lagi menanggung derita sendirian. Kerana ada orang yang akan menyelamatkan dia dari malapetaka.
Sepanjang hidupnya, Khayla tidak pernah menyangka yang mak cik adalah mak cik yang bukan dari darah dagingnya. Tetapi, tanpa pengetahuannya, sepupu Johan telah merungkai segala-gala rahsia dalam hidup Khayla. Bertambah malang lagi, Khayla telah diculik oleh seseorang yang menyimpan dendam pada Johan.
Siapa Johan di sisi, Khayla? Siapa pula sepupu, Johan. Siapakah Johan sebenarnya? Siapa pula Weizhe?
Siapa pula mak cik Jenab disisinya?
Semuanya ada di sini. Cinta Maniak.

Wah, dah boleh berfungi. Yahoo!